Sunday, November 21, 2010

WAWASAN kUALA LUMPUR SEBUAH BANDARAYA BERTARAF DUNIA

Wawasan Kuala Lumpur Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia

“Menjelang tahun 2020, Bandar Raya Kuala Lumpur akan
mengalami perubahan-perubahan yang positif kepada persekitaran fizikal
...akan dilaksanakan tanpa menjejaskan ekologi dan alam sekitar setempat.
Ini termasuklah memastikan penyedia an persekitaran yang menarik dan
sejahtera kepada penduduk, pelabur dan pelawat.”


Wawasan Kuala Lumpur sebagai ‘Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia’
merangkumi aspirasi untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar
raya yang memainkan peranan global dan sub global yang utama bagi
kepentingan masyarakat setempat, pekerja, pelawat dan juga pelabur.
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) menekankan wawasan dan
matlamat ke arah mewujudkan bandar raya Kuala Lumpur yang mampan. Oleh
itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memastikan perancangan
yang dijalankan hendaklah mencapai keseimbangan antara pembangunan
fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Draf Pelan Bandar Raya KL 2020 merupakan strategi perancangan dan
pembangunan yang utama bagi Kuala Lumpur.Pelan ini akan menjadi panduan
kepada pembuat keputusan, perancang bandar, pereka bentuk dan pemaju
hartanah ke arah pertumbuhan Kuala Lumpur seterusnya ke arah pencapaian
status sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...